Tuesday, November 22, 2011

Tajuk 02 Pend Al-Quran : Memahami Petikan Ayat 286 Surah Al-Baqarah

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)
Maksudnya :
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya, (mereka berdoa dengan berkata): “wahai Tuhan kami, janganlah Engkau siksa kami jika kami terlupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, jangalah Engkau bebankan kepada kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”  -  (Surah Al-Baqarah : 286)
Objektif Pelajaran :
(1)- Membaca ayat dengan jelas, betul dan fasih
(2)- Menterjemah ayat dengan betul
(3)- Menghuraikan kandungan ayat tersebut.
(4)- Pengajaran & Iktibar dari Ayat & Menghayatinya.

Tajuk 01 Pend Al-Quran : Memahami Petikan Ayat 285 Surah Al-Baqarah


آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ( 285 )
Maksudnya :
Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata) : “ kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”. -  ( Surah Al-Baqarah : 285 )
Objektif Pelajaran :
(1)- Membaca ayat dengan betul dan fasih
(2)- Menterjemah ayat dengan betul
(3)- Menghuraikan kandungan ayat tersebut.
(4)- Pengajaran & Iktibar dari Ayat & Menghayatinya.
(5)- Hukum Tajwid Nun Sakinah & Tanwin bertemu dgn Huruf Hijaiyyah
Huraian Ayat
(1)- Allah Taala mengakhiri surah Al-Baqarah ini dgn menyebut bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah beriman dgn apa yg telah diturunkan oleh Tuhannya, begitu juga dgn orang mukmin. Semuanya beriman dengan Allah, Malaikat2nya, kitab2Nya dan juga Rasul2Nya.
(2)- Dengan keimanan yang tulus, orang mukmin telah dapat mensucikan jiwa dan hati mereka sehingga mencapai puncak ketinggian yang menakjubkan dunia.
(3)- Beriman kpd Allah ialah beriktikad bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah dengan sifat ULUHIYYAH dan RUBUBIYYAH Allah.
(4)- Orang Mukmin sentiasa dengar dan taat perintah Allah.
(5)- Orang yang beriman sentiasa memohon keampunan Ilahi.
5 Pengajaran Ayat
Penghayatan Ayat
Setiap orang mesti sentiasa membaca ayat 285 surah Al-Baqarah ini sambil memahami kandungan ayat dan melaksanakan tuntutannya dan menyampaikannya kepada orang lain.
Hukum Tajwid ( Nun sakinah & Tanwin bertemu dgn huruf Hijaiyyah )
(1)- كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
(2)- ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ
(3)- مِـــنْ رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ

Sukatan Pelajaran PI ADG KDPM Semester 1

PENDIDIKAN AL-QURAN
(1)- Surah Al-Baqarah, Ayat 285
(2)- Surah Al-Baqarah, Ayat 286
AQIDAH
(3)- Islam, Iman dan Ihsan & kaitannya dengan kehidupan.
(4)- Rukun Iman & Kaitannya dgn Allah, Masyarakat & Alam Sekitar.
(5)- Sifat2 Allah & Rasul yg terkandung dlm Dua Kalimah Syahadat
FEQAH
(6)- Konsep Ibadat
(7)- Konsep Fardu Ain dan Fardu Kifayah
(8)- Perbezaan Ibadat dgn Adat & Syarat Adat boleh jadi Ibadat
AMALI
(9)- Sembahyang & Rukun-rukunnya
(10)- Sembahyang berjamaah & Pelaksanaannya
(11)- Solat Qasar & Solat Jamak
TASAWWUR ISLAM
(12)- Pengenalan Tasawwur Islam
(13)- Konsep Rabbani, Kenabian, Kehidupan, Kematian & Alam
AKHLAK
(14)- Konsep Akhlak & Kepentingannya
(15)- Sumber Akhlak drp Al-Quran & Hadis

Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru (ADG), Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)

Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru, Kursus Diploma Perguruan Malaysia mengandungi komponen-komponen mata-mata pelajaran berikut :-
(1)- Pendidikan Al-Quran
(2)- Aqidah
(3)- Feqah
(4)- Amali
(5)- Tasawwur Islam
(6)- Akhlak
(7)- Sirah Nabi
Komponen-komponen mata-mata pelajaran tersebut diharap akan menambah ilmu pengetahuan, meningkat dan memantapkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah dan dapat mengukuhkan akhlak pelajar, sekaligus dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berkahlak mulia.